Tuesday, June 21, 2011

Anggota JPJ maut dirempuh


ORANG ramai melihat kereta Ford Laser yang remuk selepas merempuh sebuah lori hingga mengakibatkan Wardi dan Ismail maut di Mantin, Seremban semalam.


SEREMBAN - Hajat seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori berkecai apabila dia meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta jenis Ford Laser dalam kejadian di Batang Benar, Mantin dekat sini semalam.

Wardi Ahmad (gambar kecil), 28, yang telah berkhidmat lebih dua tahun bersama JPJ maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.

Kejadian pukul 11 pagi itu turut mengakibatkan pemandu Ford Laser itu, Ismail Dahlan, 44, meninggal dunia beberapa jam selepas dia mendapatkan rawatan di HTJ.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: