|
|
HARI Ahad yang penuh damai ini, Syed nak membongkarkan satu cerita panas. Kalau tak panas pun, anggaplah suam-suam kuku pun okey juga. Cerita apa? Bacalah sampai habis dulu.
Benarkah hati penyanyi Ana Raffali sudah dimiliki? Ini Syed tanya sebab baru-baru ini beberapa teman Syed telah ternampak Ana dengan satu team motorsikal berkuasa besar sedang dalam perjalanan menghala ke selatan tanahair. Tak tahulah mereka berkonvoi ke mana tetapi apa yang pasti, Ana sedang membonceng motor seorang lelaki yang wajahnya iras-iras kacukan Arab, tinggi dan putih.
Kejadian itu berlaku betul-
betul depan mata salah seorang wartawan di tempat Syed bekerja.
Hai Ana, membonceng dengan siapa tu? Kalau bukan istimewa, takkan begitu mesra nampaknya. Kawan Syed itu beritahu Ana kelihatan begitu gembira dan sewaktu melepaskan penat di sebuah stesen minyak, dia cuba membuka penutup topi keledar yang dipakai.
“Kau tahu Syed, teman lelaki Ana tu sudah ‘sound’ kepada Ana supaya cepat tutup balik muka tu, takut nanti ada orang yang perasan.
“Sebab tu aku berani kata itu Ana Raffali walaupun cara penampilan dia masa itu memanglah berbeza daripada apa yang kita selalu nampak,” kata sumber berkenaan.
Hm...Pada Syed tak salah untuk Ana ada teman lelaki sebab dia masih muda dan bukan isteri sesiapa.
Tapi kalau ada media yang bertanya tu terus terang saja, sekurang-kurangnya orang nak tahu juga, siapakah lelaki yang kini sedang menghuni kamar hati Ana.
Kalau lihat kepada plat motor yang dibonceng, lelaki itu berasal dari Singapura. Wah, bakal berjodoh dengan orang luar ke?
Syed: Nak ikut jejak langkah penyanyi Wann agaknya tu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: