Monday, June 20, 2011

Akaun i Zamzam banyak manfaat


PENGARAH Perbankan Runcit Bank Al Rajhi, Sabri Ghouse (tiga dari kanan) bersama para pemenang cabutan untuk menunaikan umrah di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Al Rajhi Bank sekali lagi menghargai pelanggannya dengan mengadakan cabutan umrah di kalangan pendeposit akaun simpanan i Zamzam dan memilih lima orang yang bertuah untuk mengerjakan umrah.

Lima pemenang cabutan tersebut ialah Abdull Hadi Mohd. Yusoff, Zarina Mohd. Top, Zarina Anwar Layani, Sahli Sukarman, dan Mohd. Hazran Abdul Hamid,

Hanya dengan simpanan sebanyak RM1,000, setiap pendeposit berpeluang untuk memenangi cabutan untuk pakej umrah dan haji setiap tahun.

Peraduan yang mudah itu dibuka kepada semua peringkat umur dan terbuka bagi penduduk tetap ataupun rakyat asing.

Setiap tambahan simpanan RM1,000 dibuat maka peluang untuk memenangi hadiah berkenaan amat tinggi dan ia dikira melalui sistem pendaraban berganda.

"Cabutan seterusnya akan dibuat pada bulan September ini yang mana sepuluh orang pelanggan bertuah lagi akan memenangi pakej untuk menunaikan ibadah haji di Mekah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Al Rajhi Bank sebelum ini telah menghantar 10 pelanggan akaun simpanan tersebut untuk menunaikan haji pada bulan September tahun lalu.

Akaun i Zamzam turut menawarkan pelbagai faedah lain seperti memberikan potongan harga untuk pakej umrah dan menawarkan kursus haji.

"Kami akan terus menyediakan nilai tambah kepada pendeposit akaun simpanan ini khususnya untuk memudahkan lagi urusan mereka menunaikan Rukun Islam kelima itu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: