SERAMAI 781 pelajar Kolej Taylor's menerima Biasiswa Merit Tan Sri Dr. Loy Hean Heong 2011 yang meliputi biasiswa dan dermasiswa bernilai RM3.5 juta atas kecemerlangan pencapaian akademik mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Lim Tou Boon berkata, para pelajar yang dipilih menerima biasiswa itu diiktiraf sebagai individu yang telah menunjukkan pencapaian akademik yang luar biasa.
"Para pelajar ini berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian pra universiti dan bersedia untuk memasuki universiti terkenal di dunia," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, sejak diperkenalkan pada 1993, biasiswa ini dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, O-Level atau yang setaraf dengannya.
Selain Biasiswa Merit Tan Sri Loy, Kolej Taylor's turut menyediakan Anugerah Pengetua dan Anugerah Pelajar Terbaik.
Anugerah Pengetua diberi kepada pelajar yang memperlihatkan kecemerlangan akademik dan aktiviti kokurikulum.
Manakala Anugerah Pelajar Terbaik pula merupakan biasiswa merit yang diberikan kepada pelajar pra universiti Taylor's yang memohon bagi kemasukan Mac 2011 berasaskan keputusan peperiksaan mereka.
Buat pertama kalinya tahun ini, majlis juga mengiktiraf pengetua dan guru-guru yang sentiasa melahirkan pelajar cemerlang.
"Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik mengetuai senarai dengan 49 penerima, diikuti oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield 30 penerima dan SMK Damansara Jaya dengan 28 penerima," jelasnya.
Program pra universiti Taylor's kini dibuka untuk pendaftaran bagi pengambilan Jun/Julai 2011.
Untuk maklumat lanjut mengenai peluang pendidikan dan pelbagai skim biasiswa di Taylor's, sila hubungi 03-56362641 atau layari laman www.taylors.edu.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: