TOKYO – Toyota semalam memanggil semula 106,000 unit kereta generasi pertama Prius hibrid yang dijual di seluruh dunia kerana masalah stereng yang disebabkan satu nat yang mungkin longgar.
Menurut syarikat pengeluar kereta itu, satu nahas kecil yang dipercayai melibatkan masalah tersebut dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Pemanggilan semula itu melibatkan 48,000 model Prius di Jepun yang bermula dengan generasi pertama yang dijual pada 1997 dan dikeluarkan pada 2003.
Masalah itu juga menjejaskan 58,000 buah kereta tersebut yang dijual di seluruh dunia termasuk 52,000 unit yang dijual di AS antara tahun 2001 hingga 2003.
Menurut jurucakap syarikat berkenaan, Paul Nolasco, kira-kira 1,200 unit kereta itu dijual di Britain manakala 800 lagi di Jerman.
Masalah itu boleh dibaiki dengan meletakkan nat yang lebih ketat dan memerlukan hanya kira-kira empat jam untuk dibaiki.
Menurut syarikat Toyota, jika nat lama itu dibiarkan berfungsi bagi tempoh yang panjang ia akan menyebabkan berlaku belokan kuat di bahagian kiri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: