Wednesday, April 13, 2011

Tarik RM73b


ISMAIL...sedia 1.4 juta peluang  kerja
ISMAIL...sedia 1.4 juta peluang kerja

ISKANDAR Malaysia menarik pelaburan terkumpul berjumlah RM73 bilion sehingga suku pertama tahun ini sejak 2006, dan meletakkan sasaran untuk mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM383 bilion menjelang 2025.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim berkata, menjelang akhir 2011, IRDA mengunjurkan pelaburan tambahan sebanyak RM13 bilion.


IRDA ialah pihak berkuasa kawal selia yang diberi mandat untuk merancang, mempromosi dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia sebagai metropolis yang kukuh dan bertaraf antarabangsa sebagai tempat tinggal, bekerja, menjalankan perniagaan dan liputan yang lancar.

“Ketika ini IRDA sedang menimbang melaksanakan projek Aliran Transit Massa (MRT) sepanjang 500 kilometer di Iskandar Malaysia bagi meningkatkan perhubungan di wilayah itu,” katanya ketika pada persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, jika cadangan itu diterima, MRT akan dimajukan dalam enam fasa dengan yang pertama dijangka disiapkan menjelang 2020.


Dalam pada itu, sejak dibangunkan pada 2006, Iskandar Malaysia setakat akhir tahun lalu sudah menerima pelaburan berjumlah RM69.2 bilion, termasuk RM13.9 bilion yang diterima pada 2010 dengan 58 peratus membabitkan pelaburan domestik dan selebihnya pelaburan langsung asing (FDI) dengan 40 peratus daripada jumlah berkenaan sudah dibelanjakan.Malah, dalam usaha mengurangkan kadar kebergantungan pekerja tempatan bekerja di Singapura, Iskandar Malaysia menjangkakan 1.4 juta tenaga kerja menjelang 2025 berbanding 600,000 tenaga kerja yang ada ketika ini melalui penstrukturan semula.


Setakat ini, 70 peratus pekerjaan di wilayah itu membabitkan sektor pembuatan dan 30 peratus sektor perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: