BAHAGIA...Ronaldo dan Irina memadu kasih ketika menonton perlawanan bola sepak di Madrid, baru-baru ini.
CRISTIANO Ronaldo adalah seorang daripada bintang bola sepak popular generasi masa kini dan anda mungkin menjangkakan dia peminat setia perlawanan bola sepak.
Namun, tidak begitu hakikatnya kerana Ronaldo, 26, kelihatan lebih gemar bermesraan dengan teman wanitanya, Irina Shayk daripada menonton perlawanan antara Real Madrid dan Hercules di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, minggu lalu.
Tiada siapa dapat menyalahkan Ronaldo yang sememangnya mencintai Irina, seorang peragawati pakaian dalam berusia 25 tahun.
Irina juga cukup jujur dengan perasaannya terhadap bola sepak sejak dia berpacaran dengan bintang Real Madrid itu.
Dalam satu wawancara tahun lalu, Irina yang enggan membicarakan mengenai hubungannya dengan Ronaldo hanya tertawa sambil berkata: "Saya bukan peminat bola sepak, sudah tentu tidak."
Peragawati itu bekerja keras sejak beberapa bulan lalu untuk mempromosikan majalah sukan yang memilihnya sebagai gadis penghias kulit muka depan. Selain itu, dia juga sibuk melancarkan koleksi pakaian baru Xti 2011-12 bersama Arthur Sales.
Sejak berpacaran dengan Ronaldo, karier Irina semakin kukuh dan dia menjadi peragawati untuk jenama terkenal termasuk Victoria's Secret dan pakaian renang Ory.
Bagaimanapun, Irina yang dilahirkan di Yemanzhelinsk, Russia berkata, bukan mudah untuknya membuat keputusan berpindah ke New York demi mengejar cita-citanya.
Irina berkata: "Kami tidak ada majalah fesyen pun di sini." Dia juga menjelaskan bagaimana bakatnya ditemui dan faktor yang mendorongnya untuk menceburi dunia peragaan.
"Semuanya berlaku secara kebetulan. Ibu saya melihat satu iklan di perhentian bas dan saya pula menemani kakak saya ke sekolah kecantikan.
"Saya mendapat perhatian daripada seorang yang bekerja di agensi model tempatan dan dia menyarankan saya supaya menyertai pertandingan ratu cantik Miss Chelyabinsk.
"Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai kerjaya sebagai peragawati dan ia amat mengejutkan apabila saya memenangi pertandingan ratu cantik itu dan menjadi Miss Chelyabinsk. Kemudian, saya mula bekerja sebagai peragawati di Paris.Kini Irina mencapai kejayaan sebagai seorang peragawati yang sukses sebahagian besarnya disebabkan oleh kecantikan wajahnya dan bentuk tubuh yang menarik.
Bercakap baru-baru ini mengenai cara bagaimana dia mengekalkan bentuk tubuhnya, Irina memberitahu E!Online: "Saya bersenam lima kali seminggu ketika berada di New York. Saya makan makanan yang berkhasiat tetapi tidak berdiet.
"Saya makan apa saja yang saya inginkan. Apabila jiwa anda bahagia anda akan berasa gembira. Ia kelihatan pada tubuh dan wajah anda."
Kenyataan itu dibuktikan Irina ketika dia melancarkan Xti 2011-12 di Madrid, minggu lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: