Saturday, April 9, 2011

Pengawal peribadi mati ditembak


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditembak di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang pengawal peribadi kepada pemilik syarikat pengurup wang maut ditembak dalam satu kejadian rompakan di Jalan Kuning 2, Taman Pelangi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas terkena badan.

Ketika kejadian, kereta Hyundai Sonata yang dinaiki mangsa bersama majikannya serta seorang lagi penumpang telah dihalang oleh sebuah kereta Proton Wira.

Menurut seorang saksi, T. Sarvendaraja, 51, ekoran itu, kereta mangsa terpaksa berhenti dan sejurus kemudian sebuah kereta Proton Waja datang dari arah belakang.

"Pemandu kereta Proton Wira terbabit serta beberapa lagi lelaki yang menaiki kereta Proton Waja keluar dan meluru ke ke arah kereta mangsa.

"Mereka bertindak memecahkan cermin kereta serta melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa," katanya di sini semalam.

Ujarnya, suspek dikatakan mengambil sebuah beg dari but kereta mangsa sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, majikan mangsa dan seorang lagi penumpang di dalam kereta tersebut tidak cedera.

"Kita percaya terdapat lebih daripada tiga orang suspek terlibat dalam kejadian itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: