|
Nah! Astro Prima membuka peluang kepada mereka untuk mencuba nasib bersaing sesama sendiri dalam program nyanyian yang dinamakan Kilauan Emas. Peserta yang berumur 45 tahun ke atas dialu-alukan menyertainya.
![]() Sesuailah deejay Sinar Fm Raja Azura jadi pengacara umayan juga apatah lagi mereka bukanlah mahu menjadi penyanyi sebaliknya sekadar mencuba nasib. Sementelah lagu-lagu lama yang dijadikan lagu wajib.
![]() Nora dan Sohaimi Meor Hassan jadi juri tetap Format pertandingannya mudah, nasib peserta akan ditentukan 100 peratus oleh pihak juri dengan dua peserta terbaik akan dipilih mewakili setiap zon sebelum ke peringkat seterusnya. Mungkin undian SMS tidak sesuai untuk program seperti ini. Uji bakat akan bermula di Skudai Parade, Johor (7 dan 8 Mei), Berjaya Megamall Kuantan (14 dan 15 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 21 dan 22 Mei serta di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 28 dan 29 Mei ini. Turut disenaraikan lagu-lagu Kupendam Sebuah Duka (Datuk Khatijah Ibrahim), Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta Dari Bromley (Sohaimi Meor Hassan), Akhirnya Kini Pati (Anita Sarawak), Sejati (Wings) dan Widuri (Broery Marantika). |
Tuesday, April 12, 2011
Peluang orang tua bertanding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari ini anak-anak muda minat sungguh untuk menjadi penyanyi. Asal ada pertandingan mereka tak mahu lepaskan peluang. Bagaiamana nasib orang senior yang punya minat tapi tak berpeluang sertainya kerana semasa mereka muda dulu tak banyak peluang?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: