Monday, April 11, 2011

Kegiatan seludup kembali aktif


SEORANG peniaga membeli barangan seludup dari Malaysia daripada seorang penyeludup di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand semalam.


SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) - Selepas isu minyak masak Malaysia diseludup masuk ke negara jiran yang dilaporkan media massa senyap seketika, aktiviti penyeludupan barangan kawalan termasuk gula di sempadan dilihat kembali aktif.

Ia dipercayai berlaku berikutan kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa di sempadan.

Tinjauan Kosmo! ke pekan ini semalam mendapati, bukan sekotak dua, bahkan berpuluh-puluh kotak barangan keperluan harian terutama minyak masak Malaysia dijual di pasaran selain dilonggok di stesen kereta api untuk dipasarkan ke daerah lain antaranya Narathiwat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: