
PEGAWAI polis, Asisten Supritendan Mohamad Sajidan Abdul Sukor menunjukkan sebahagian barang curi yang ditemui di sebuah gudang di Taman Sentosa Perdana, Klang semalam.
KLANG – Kesungguhan pihak polis untuk menyelesaikan siasatan mengenai satu sindiket samun kargo didalangi seorang lelaki Nigeria yang ditumpaskan pada 25 Mac lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa itu menemui sebahagian besar barang curi yang disimpan di sebuah gudang kelmarin.
Gudang di Taman Sentosa Perdana di sini itu diserbu pada pukul 5 petang selepas polis menjalankan siasatan terhadap 13 suspek termasuk seorang wanita berusia 25 hingga 33 tahun yang ditahan di Petaling Jaya, Kuala Pilah, Hutan Melintang dan Teluk Intan pada 8 April lalu.
Sebaik diserbu, polis menemui pelbagai barang elektrik seperti televisyen, ketuhar, radio, pemain cakera padat dan cerek aluminium yang dianggarkan bernilai RM200,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: