Saturday, April 9, 2011

Gandingan anak-beranak


WILL Smith bersama anaknya, Jaden Smith.


Tahun lalu, mereka digandingkan sekali lagi dalam filem pembikinan semula The Karate Kid. Tetapi untuk filem itu, Will bertindak sebagai penerbit manakala Jaden pula sebagai teraju utama filem itu di samping Jackie Chan.

Terbaru, bapa dan anak ini akan membintangi sebuah filem bercorak sains fiksyen arahan pengarah terkenal, M. Night Shyamalan.

Pastinya, gandingan Will dan Jaden dalam filem ini cukup dinantikan ramai apatah lagi ia juga merupakan kerjasama dua anak-beranak itu dengan Shyamalan.

Dalam satu aspek lain pula, projek terbaru ini juga dilihat dapat menyelamatkan karier seni Shyamalan yang kini semakin merudum selepas beberapa buah filemnya mendapat kritikan serta kutipan tiket yang tidak begitu memberangsangkan.

Studio Columbia Pictures yang akan menerbitkan filem itu yakin dengan kemampuan Shyamalan dalam mengarahkan filem tersebut kelak.

"Shyamalan merupakan seorang sutradara kreatif dan memiliki visinya sendiri. Kami juga begitu teruja untuk bekerja kembali dengan Jaden dan bapanya selepas kejayaan The Karate Kid dan The Pursuit of Happyness," ujar Presiden Columbia Pictures, Doug Belgard dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ketika ini, Will sedang sibuk menjalani penggambaran filem Men In Black III bersama Tommy Lee Jones.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: