Wednesday, April 27, 2011

Dasar belum muktamad


Masalah obesiti berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk pemakanan. - Gambar hiasan


IPOH - Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di sekolah sebaliknya ia akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian juga belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan dalam kalangan pelajar sekolah.

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin.

"Isu ini tidak begitu susah diselesaikan, makanan yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara, kita tidak perlu halang penjualannya," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: