
Menurut Alif, rancangan yang disiarkan sejak 13 Mac lalu itu memerlukannya menerokai pelbagai lokasi, termasuklah perkampungan terpencil di negara ini.
“Bayangkan saya yang dibesarkan di bandar tidak pernah terdedah dengan budaya kampung. Menerusi program ini, saya dapatlah merasai pengalaman kerja kampung.
“Selain menoreh getah, saya juga berpeluang menangkap ikan kelah dan melepaskan anak penyu sepanjang mengacara program ini. Walaupun penat, hitam satu badan, tapi saya seronok,” katanya yang memilih untuk mengendalikan program itu kerana suka mengembara dan berinteraksi dengan masyarakat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: