Sunday, February 20, 2011

Wajah sempurna dengan KISS


kecantikan semulajadi nor saidah terserlah dengan sentuhan kiss.


KECANTIKAN semulajadi sering dikaitkan dengan kurniaan alam semulajadi. Lantaran bahan semulajadi bebas daripada pengawet, pewangi tiruan mahu pun pewarna sintetik. Semestinya kesemua bahan itu boleh membawa kesan sampingan antara lain menutup pori-pori dan menyebabkan ruam kemerahan yang pada akhirnya merosakkan kulit wajah.

Tampil dengan jenama KISS, PNC Holdings menawarkan kelainan - wajah bukan setakat cantik, menawan malah terpelihara daripada elemen-elemen yang boleh mencemarkan kulit.

Rahsianya hanya satu. Mekap berasaskan seratus peratus mineral tulen memberi ruang kepada liang-liang kulit bernafas. Hasilnya wajah tampak segar sepanjang hari biar pun berada di bawah terik matahari atau selepas kepenatan seharian bekerja.

Menariknya tentang KISS, kesemua alat solek baik gincu, pemerah pipi, pembayang mata, bedak asas, maskara mahu pun pelembap bibir selamat digunakan tanpa kesan rengsa serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Kepuasan pengguna KISS, menurut Pengarah Urusan PNC Holdings, Chan Seow Heong, adalah kesegaran wajah tanpa rasa melekit selain solekan mampu bertahan sepanjang hari.

Kesemuanya itu, kata beliau, disebabkan alat solek yang diimport dari New Zealand dan Amerika Syarikat itu tidak mempunyai bahan pelembap di dalamnya yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria. Kelebihan itu menyebabkan penggunaan mekap KISS tidak mengakibatkan jerawat atau masalah kulit. Kebanyakan mekap di pasaran sama ada dalam bentuk cecair atau dipadatkan (proses memadat menggunakan cecair) menyebabkan kulit terdedah kepada bakteria.

KISS tidak begitu. Tekstur produk kosmetik seperti bedak asas, pembayang mata dan pemerah pipi dalam bentuk serbuk sememangnya mengkagumkan. Sapuan pada wajah, kelopak mata dan pipi tampak sempurna terutamanya di zon T yang selalunya cepat berminyak hasil tindak balas kepada kosmetik yang dipakai.

Bayangkan mekap yang dipakai ketika hendak keluar bekerja masih kekal segar sehingga lewat petang, tentunya umpama magis dalam dunia kecantikan.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memiliki kulit sensitif, KISS adalah jawapannya. Tanpa bahan kimia, jenama KISS tidak meninggalkan kesan sampingan malah anda boleh tidur dengannya.

Lebih menarik lagi, proses menanggalkan mekap juga amat mudah. Bersihkan wajah menggunakan pembersih wajah biasa, kulit kembali seperti sediakala tanpa kesan mekap kerana komponen mineral yang unik.

Bagi mereka yang mempunyai kesan pigmentasi dan KISS membantu menyembunyikan masalah tersebut sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk tampil di khalayak.

Mekap mineral merupakan jawapan kepada mereka yang mementingkan kulit sihat, tidak mahu menghabiskan masa yang lama di hadapan cermin dan paling penting tetap kelihatan cantik menawan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan PNC, Priscilla Ooi memberitahu, tanpa pewarna tiruan, mekap KISS yang terhasil daripada gabungan mineral menghasilkan warna tersendiri yang akan berubah mengikut kulit si pemakai.

Produk kosmetik KISS hanya dijual di klinik-klinik dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-62031288, 03-87234808 dan 013-2448484.

Kosmetk Kiss seperti bedak asas juga sesuai untuk kaum lelaki yang mahu tampil segar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: