PARA peminat filem Bollywood bakal menyaksikan aktres, Vidya Balan beraksi dalam satu lakonan watak 'avatar’ menerusi filem terbaru berjudul Dirty Picture.
“Ia tidak lebih berani daripada ini,” beritahu Vidya.
Filem itu mengisahkan kehidupan Silk Smitha yang merupakan salah seorang siren seks popular pada pertengahan tahun 80-an di dalam industri perfileman India Selatan.
Dia turut terkenal dengan sikapnya yang berani.
Penggambaran filem Dirty Picture yang akan dijalankan dalam masa terdekat turut dibintangi oleh Nasseeruddin Shah. Kedua-dua pelakon itu pernah digandingkan bersama menerusi filem Ishqiya.
Vidya yang pernah meraih beberapa kejayaan terutama menerusi filem terakhirnya No One Killed Jessica, yakin bahawa watak Silk Smitha amat menarik dan tidak banyak beza dengan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini.
“Saya perlu bekerja keras bagi menghidupkan karakter Silk Smitha kerana ia tidak mempunyai persamaan dengan watak sebenar saya.
“Tetapi watak yang diberikan itu sungguh menarik kerana ia amat berbeza dengan diri saya. Saya sungguh teruja,” jelasnya bersungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: