|
|
LONDON - Permainan gelongsor air yang baru dibina di Taman Tema Thorpe di Surrey terpaksa dipindahkan kerana ia didakwa berhantu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, terdapat laporan para pekerja merasa sejuk dan beberapa objek bergerak dengan sendiri.
Sekumpulan pengesan paranormal yang dipanggil baru-baru ini kemudian menyatakan, gangguan tersebut berlaku kerana gelongsor itu dibina di kawasan yang 'keras'.
Menurut mereka, kawasan itu menempatkan kubur, biara dan gereja lama yang dihuni para paderi pada tahun 666 Tahun Masihi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: