SUNGAI Lembah Ria, Jalan Air Itam dicemari sampah-sarap dan air kumbahan yang menyebabkan bau busuk.
GEORGETOWN: Kira-kira 10 keluarga yang menetap di sepanjang anak sungai di Kampung Lembah Ria, Jalan Air Itam di sini, berada dalam keadaan tidak selesa kerana bau busuk air sungai akibat pencemaran.
Mereka mendakwa masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu, dipercayai berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan dan bengkel di Paya Terubong, Jalan Air Itam dan Bandar Baru Farlim, mengalir ke anak sungai itu.
Katanya, walaupun hidup dalam keadaan tidak selesa, dia dan anaknya serta penduduk di kawasan itu tidak mempunyai pilihan lain.
“Bau busuk air sungai itu boleh dihidu dari jarak 50 meter pada hari biasa dan 100 meter jika hujan. Bagi keluarga kami, perkara itu memang sudah biasa tetapi malu kepada tetamu yang bertandang ke rumah apabila air sungai tiba-tiba berbau busuk.
“Lihat saja air sungai yang berwarna kehitaman dan sampah yang terapung serta bangkai haiwan. Bukankah pencemaran itu boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air dan pembiakan nyamuk aedes,” tanyanya.
Zainab mendakwa, sikap penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran dan membuang sampah ke dalam sungai juga menyebabkan masalah itu berlaku.
Katanya, penduduk tidak sedar bahawa sikap mereka akan menyebabkan mereka yang menetap di sepanjang anak sungai itu menjadi mangsa dan terpaksa menghidu bau busuk saban hari.
“Mungkin mereka tidak berada di tempat kami. Dulu, sebelum taman perumahan dibangunkan di kawasan berhampiran, anak sungai ini sangat bersih dan bebas daripada pencemaran. Tetapi, kini hanya tinggal kenangan,” katanya.
Zainab berharap supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meninjau anak sungai itu bagi melihat masalah yang sudah lama ditanggung oleh penduduk, seiring hasrat mewujudkan Pulau Pinang sebagai negeri hijau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: