Friday, February 18, 2011

Sotong goreng tepung rangup




KEPADA semua pembaca budiman anda boleh bertanyakan sebarang pertanyaan tentang masakan kepada saya. Insya-Allah saya akan menjawab soalan anda dan disiarkan dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini untuk dikongsikan dengan pembaca-pembaca yang lain. Hantarlah segala pertanyaan anda melalui email, blogspot dan laman facebook saya seperti yang tertera di atas.

Soalan

Salam, saya ingin tahu cara membuat sotong goreng tepung yang rangup, macam yang dijual di restoran ikan bakar. Dah banyak kali saya cuba tapi masih tak menjadi. Selalunya tepung tertanggal dari sotong. Kadangkala ia berminyak sangat. Saya dah cuba guna tepung tempura, tepung gogi dan tepung serba guna tetapi masih gagal. Mungkin ada teknik atau rahsia yang tak tercatat di kotak untuk cara penyediaan. Harap chef dapat membantu.

Daripada,

Rohani Hussein

zani 547@yahoo.com

Jawapan

UNTUK membuat sotong goreng tepung memerlukan teknik dan kemahiran ketika menggoreng sotong itu. Berikut adalah beberapa tip boleh puan ikut. Pertama sekali selepas membasuh sotong, pastikan airnya betul-betul ditoskan.

Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ia tidak akan melekat pada sotong.

Teknik ketika menggoreng amat penting. Minyak perlu betul-betul panas. Sekiranya tidak cukup panas, minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong dan proses menggoreng tidak berlaku dengan baik.

Akibatnya apabila anda menikmati sotong yang digoreng ia akan rasa terlalu berminyak. Selain itu pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan terlalu banyak.

Goreng sedikit demi sedikit. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda balikkan. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong. Alas pinggan dengan tuala kertas ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap.

Soalan

Saya ada membaca tulisan chef tentang sup lobak merah berkrim yang disiarkan pada 8 januari lepas. Resipinya ada menggunakan herba campuran Mixed Herb. Jadi saya ingin bertanya dimanakah boleh saya dapatkan bahan tersebut. Terima kasih.

Daripada, Auntie Badariah

badariah52@yahoo.com

Jawapan

Tidak susah untuk mencari herba campuran atau lebih dikenali dengan nama mixed herbs. Mixed ini ada di jual di pasar raya-pasar raya besar seperti Giant, Tesco, Jaya Jusco dan Carrefour. Puan boleh mencarinya di bahagian atau rak yang menjual rempah ratus dan herba kering. Saya cadangkan anda bertanya pada jurujual jika masih sukar untuk mencari di pasaraya yang puan kunjungi. Saya pasti mereka sedia membantu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: