Wednesday, February 23, 2011

Selepas Jealous Ahura kini Austin Cambridge


T. M. RAWA bersama kereta Austin Cambridge di Taman Mount Austin, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kejayaan kereta modifikasi tempatan, Jealous Ahura of Johor pada satu pertandingan permotoran di Australia dua tahun lalu mendorong pemiliknya, T. M. Rawa menghasilkan sebuah lagi kereta untuk menyertai Pameran Permotoran Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Julai ini.

Kali ini beliau dengan 10 pembantu akan mengubah suai kereta Austin Cambridge model 1958 yang membabitkan kos kira-kira RM50,000.

Menurutnya, kejayaan kereta modifikasi Jealous Ahura yang menggunakan badan asas Mazda RX 7 pada 2009 berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat kedua pada Pertandingan Permotoran Antarabangsa Meguiars di Sydney menjadi pendorong untuk mengubah suai kereta lain.

“Kereta dahulu dimodifikasi membabitkan kos RM900,000, namun berdasarkan pengalaman tersebut saya dapat menjimatkan banyak kos untuk model Austin Cambridge.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: