Wednesday, February 23, 2011

Rugi besar diperdaya kasanova


MICHEAL mendengar aduan empat wanita mengenai penipuan yang dilakukan oleh kasanova bergelar Ken Isaac pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Taktik licik seorang lelaki kasanova yang hanya menggunakan air liur dan wajah tampan untuk memikat wanita dapat memperdayakan golongan hawa itu supaya menyerahkan wang kepadanya.

Suspek yang dikenali sebagai Ken Isaac, 31, itu akan berkenalan dengan mangsa melalui Internet atau rakan. Selain menggunakan ayat cinta, suspek yang berpakaian kemas itu akan memberitahu yang dia merupakan seorang ahli perniagaan untuk membuatkan wanita tersebut jatuh cinta kepadanya.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang termakan kata-kata tersebut kemudian akan diperdaya suspek yang mengada-adakan pelbagai cerita sedih supaya mangsa berasa simpati dan menyerahkan wang kepadanya.

Difahamkan, dalam sehari suspek mampu memperoleh sehingga RM1,000 dan jumlah tertinggi yang pernah dilaporkan mangsa yang ditipu sebanyak RM26,000.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, pihaknya telah menerima empat laporan daripada wanita yang ditipu lelaki itu dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Katanya, selepas tiga bulan berkenalan, lelaki itu akan mereka-reka cerita konon syarikatnya mengalami masalah dan memerlukan sejumlah wang untuk memulihkannya. Dia juga berjanji akan membayar semula wang itu jika perniagaannya berjaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: