
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, sasaran itu berdasarkan penganjuran beberapa karnival dan pameran Inovasi PKS tahun lalu berjaya mengutip hasil jualan RM106.25 juta selain menerima penyertaan sebanyak 207 syarikat.
“Kami akan bekerjasama dengan beberapa pasar raya besar seperti Giant, Mydin dan Tesco untuk menganjurkan beberapa lagi karnival pada masa akan datang selaras memenuhi matlamat kami sebagai agensi penyelaras di samping mempromosi produk PKS dalam dan luar negara,” katanya selepas hadir menyaksikan program perasmian ‘Karnival Hebat SME’ yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungun Sagan di pusat membeli-belah Aeon Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menurutnya, Karnival Hebat SME yang bermula dari 8 hingga 13 Februari ini dijangka menghasilkan RM200,000 jualan, disertai 16 syarikat yang mempromosikan produk dalam bidang farmaseutikal, makanan, minuman, pakaian dan tekstil di 16 cawangan Aeon seluruh negara,” katanya.
Katanya, selain pasar raya, SME Corp akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan lain termasuk kementerian dan agensi dalam dan luar negara bagi memperbaiki mutu dan persembahan produk dari masa ke semasa.
“Produk yang dikeluarkan PKS mempunyai potensi yang tersendiri untuk dikembangkan, cuma PKS perlu bijak merebut peluang dalam memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan seperti kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: