
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, bagi mencapai sasaran ini Felda akan mengadakan promosi agresif termasuk memasarkan produk usahawan di pasar raya AEON dan pasar raya runcit.
“Pemasaran produk hasil usahawan Felda di AEON adalah merupakan pintu masuk untuk menerokai pasaran luar sekali gus meluaskan pasaran produk mereka,” katanya selepas merasmikan majlis Promosi Produk Sawari Felda di Kuala Lumpur.
Program tersebut yang berlangsung selama enam hari itu akan berakhir pada 13 Februari ini.
Menurutnya, sasaran nilai jualan untuk tahun ini juga adalah berdasarkan nilai jualan keseluruhan yang berjaya dicapai oleh Felda pada tahun 2010 iaitu RM1.06 bilion.
Peluang meraih kejayaan sebagai usahawan membuka peluang kepada 33 pengusaha dari kalangan warga Felda bertaraf jutawan dengan pendapatan perniagaan melebihi RM1 juta setahun.
“Daripada jumlah itu, purata jantina adalah sama iaitu 50 peratus lelaki dan 50 peratus wanita. Sekiranya dilihat daripada aspek kegigihan, cara pengurusan perniagaan dan kebijaksanaan dalam mencari peluang, tidak hairanlah mengapa mereka mampu memperoleh pendapatan sebanyak itu.
“Pencapaian peneroka adalah langkah terbaik untuk peneroka dalam merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan Felda sebagai gedung makanan negara,” katanya.
Dalam pada itu, selaras dengan tema pelaksanaan Pembangunan Usahawan pada tahun ini iaitu Export, Felda dengan kerjasama Aeon Co. (M) Bhd turut menyasarkan untuk menembusi pasaran ke negara Jepun di bawah rangkaian pusat membeli belah Aeon (Jusco).
Mohd Isa berkata, objektif utama usaha promosi yang dilakukan antara Felda dan Aeon adalah untuk mempromosikan produk usahawan Felda bagi menembusi pasaran besar tempatan dan juga luar negara.
Program pembangunan produk makanan dan juga kraf di Felda digerakkan di bawah program SAWARI (Satu Wilayah Satu Industri), yang dianggotai oleh Jawatankuasa Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Kebangsaan, yang turut dibangunkan berdasarkan kejayaan Program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Jepun.
Sementara itu, Pengerusi Aeon Co. (M) Bhd, Datuk Abdullah Mohd Yusof berkata, pusat membeli belah Aeon mengambil berat dan menyokong kerajaan dalam membantu IKS tempatan mempromosikan produk mereka.
“Sejak Projek IKS dimulakan pada tahun 2000, pihak pengurusan Aeon telah bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Mara dan banyak lagi bagi membantu membimbing usahawan tempatan memasarkan produk yang dikeluarkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: