Selepas keluar dari tahanan tahun lalu, Saiful Apek kurang muncul di kaca TV. Pernah melahirkan hasrat berehat daripada persada seni, namun hajatnya itu ternyata tidak diterima kerana dia masih disayangi peminatnya.
Pun begitu, Saiful Apek berjaya mengurangkan aktiviti seninya untuk berehat sekali gus memberi laluan kepada bintang baru.
Dalam pada itu, Saiful Apek sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.
“Saya masih ada dan banyak bekerja di belakang tabir. Saya ada beberapa projek ingin disiapkan. Saya mahu muncul sebagai penerbit dan pengarah. Itu hajat saya sebelum ini. Tetapi, apabila filem arahan pertama saya Syy.. Dia Datang masih berada dalam pihak penerbit, saya berfikir lebih baik saya bertindak sebagai pengarah dan penerbit.
“Saya sedih kerana buah tangan pertama saya itu masih belum dapat ditayangkan. Mungkin ada hikmah untuk saya,” katanya.
Kecoh Betul adalah filem terakhir kemunculannya untuk tahun lalu.
Bapa kepada dua anak ini berkata, perjuangan dalam bidang seni tidak pernah pudar.
“Pengalaman lalu, saya anggap sebagai pengajaran paling berharga untuk saya. Saya harap ada sinar baru dalam kehidupan saya dan kerjaya.
“Mungkin masih ada yang mengingati peristiwa hitam berlaku dalam hidup saya, tetapi biarlah ia berlalu sebagai kisah perjalanan saya sebagai anak seni,” katanya yang muncul bersama Konsert Lawak di Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: