|
Pelakon dan penyanyi Indonesia Sahrul Gunawan turut berhijrah apabila mula menghasilkan album lagu-lagu relegi. Dia juga mengusahakan pakej mengerjakan umrah dan haji sejak empat tahun lalu. Rezekinya tak pernah putus. ![]() Dikerumuni peminat Singapura. ![]() Peminat terima perubahan Sahrul. Nampaknya Sahrul semakin dekat dengan hal berkaitan agama. Pemilihannya dibuat kerana bisnesnya dalam pakej umrah dan haji serta penerimaan peminat terhadap lagu religi yang dihasilkannya. Dia akan membawa lebih 100 jemaah mengerjakan umrah pada 24 Februari ini. "Saya sering dikaitkan dengan perkara berkaitan agama. Kalau ada program berkaitan agama, penerbit akan nampak wujudnya saya di situ. Alhamdulillah, usaha saya menghasilkan album religi telah diterima. "Selepas beberapa kali program Halal ke udara, saya rasa diri saya macam ustaz pula sebab ada peminat yang datang kepada saya untuk bertanya pasal hukum membuat sesuatu perkara," kata Sahrul kepada Mangga Online. ![]() Masih kacak. "Dalam masa yang sama saya mempromosikan pakej umrah kepada mereka. Ada yang mahu menghantar ibu mereka ke tanah suci, tapi takut tertipu. Apabila saya ke sana dan mendapat sokongan pihak yang berkaitan, mereka yakin dan percaya," katanya. Album baru Walaupun sudah menghasilkan album religi, Sahrul masih ada hasrat menghasilkan album pop. "Ada juga peminat saya yang tidak beragama Islam, jadi mereka ada tanya saya pasal album baru. "Kalau peminat Muslim boleh menikmati lagu-lagu religi yang saya hasilkan, tapi bagi yang bukan Muslim pasti tidak berminat mendengar lagi begitu. "Insya-Allah kalau tiada aral tahun ini saya akan hasilkan album baru. Sebenarnya saya masih ada tawaran berlakon. "Ingatkan saya ni sudah tua dan tak laku lagi... nampaknya masih ada yang terus menawarkan watak kepada saya," jelas bapa kepada dua anak ini lagi.
|
Friday, February 18, 2011
Sahrul Gunawan macam ustaz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada artis yang ragu untuk berhijrah kerana bimbang rezeki mereka akan terbatas. Tapi sekarang semakin ramai artis wanita bertudung yang tak kering tawaran untuk mereka menyanyi atau berlakon.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: