![]() |
| Palace On Wheels merupakan kereta api termahal di India dan mampu membawa penumpang menyaksikan keistimewaan yang terdapat di negara tersebut. |
TIDAK dinafikan perkhidmatan kapal terbang lebih menjimatkan masa perjalanan tetapi pengembaraan menggunakan jalan darat lebih santai dan sesuai buat mereka yang sedang melancong.
Walaupun tidak banyak agensi-agensi pelancongan menyediakan perkhidmatan tersebut, aktiviti pelancongan menggunakan perkhidmatan kereta api menjadi antara produk yang diterima baik daripada pelancong.
Malah tema pelancongan itu semakin berkembang sehingga mampu menarik pengunjung dari luar negara untuk merasai pengalaman mengembara di samping menyaksikan keindahan yang terdapat di destinasi-destinasi yang dilalui sepanjang perjalanan.
Setiap perjalanannya juga memberikan 1,001 pengalaman yang sungguh berbeza walaupun hanya bergerak hampir 1,000 kilometer.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: