SUBANG JAYA – Hasrat empat penyamun untuk menikmati wang hasil samun mereka sebanyak RM3,000 tidak kesampaian apabila dua daripada mereka berjaya dicekup polis ketika cuba melarikan diri selepas menyamun pelanggan bank di Jalan USJ 10 di sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan parang dan tukul besi telah bertindak memecah cermin kereta Honda Accord yang dinaiki tiga beradik sebelum meragut beg salah seorang mangsa selepas mengeluarkan wang daripada bank tersebut.
Suspek yang tidak memakai topeng selepas itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, suspek dipercayai memerhatikan dua beradik perempuan itu ketika mengeluarkan wang daripada bank tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: