
Usaha mengagumkan di Antartika ini turut memberi peluang mempelajari projek penyelidikan yang dilakukan di sana.
“Kami bersedia pergi sehingga ke penghujung bumi sekalipun dalam pencarian pengembaraan adalah Faktor X kami di AirAsia X.
“Perjalanan ini memberi inti pati semangat dalam mempelopori tempat baru. Tiada tempat yang lebih sejuk dan lebih terpencil yang dapat menghalang kami terus memberikan perkhidmatan pada kadar yang rendah,” katanya.
Azran yang terbang ke Antartika selama lima jam dalam penerbangan melalui Program Terminal Penumpang Amerika Syarikat di Christchurch, New Zealand mendarat di Landasan Terbang Pegasus, iaitu sebuah landasan terbang bongkah ais di McMurdo Sound, Antartika.
Menurutnya, AirAsia X begitu optimistik mengenai penerbangan pertamanya di Christchurch pada April ini kerana tempat ini bukan saja menarik untuk dilawati, bahkan mempunyai pelbagai destinasi mencabar seperti fiords, glasier, dan gunung di South Island di mana banyak aktiviti menarik boleh dilakukan.
“Kami gembira dengan jumlah penumpang yang menggalakkan sehingga 80 peratus sejak penjualan mula diumumkan pada Disember tahun lalu, dan kami percaya permintaan terus meningkat sebaik saja operasi dimulakan,” katanya.
Selain melawat dasar kajian dan kemudahan termasuk Meridian Energy Wind Turbine, Azran juga mengambil peluang mendaki bukit di Castle Rock dan Observatory Hill yang terkenal serta mengambil bahagian dalam rentas desa Nordik dengan bermain ski merentasi ais di bawah suhu sejuk beku.
Azran berkata, pengembaraannya di Antartika turut memberinya kesempatan melihat dengan lebih dekat cara hidup penduduk Asli Antartika dan penguin yang terdapat di sana walaupun diminta untuk berada sekurang-kurangnya lima meter jauh dari hidupan liar tersebut.
Sementara itu, AirAsia X akan memperkenalkan penerbangan pertamanya di Chrischurch, New Zealand pada 1 April akan datang dengan perkhidmatan tanpa henti empat kali seminggu dari Kuala Lumpur.
Christchurch merupakan pintu masuk pelancongan ke South Island, New Zealand untuk para pengunjung dari Kuala Lumpur dan mereka juga disediakan pilihan bagi perjalanan laluan Kanggaru antara Eropah, Malaysia dan New Zealand.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: