Wednesday, February 23, 2011

Kolaborasi TM, Celcom kukuhkan rangkaian



Telekom Malaysia (TM) dan Celcom Axiata Berhad (Celcom) menandatangani usaha sama strategik perkhidmatan bersepadu pelbagai akses menerusi perkhidmatan media tetap dan mudah alih kepada pelanggan selaras usaha kerajaan menembusi 75 peratus pasaran jalur lebar isi rumah menjelang 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, usaha sama antara TM dan Celcom menggambarkan kerjasama dua hala inovatif menggabungkan pelbagai medium akses yang lengkap, meliputi perkhidmatan mudah alih, gentian dan akses talian pelanggan digital (DSL) yang akan meningkatkan pengalaman pengguna dan memberi lebih nilai kepada pihak berkepentingan.

“Kedua-dua pihak sedang berbincang dan perjanjian lebih terperinci dijangka terlaksana dalam tempoh dua bulan selepas menandatangani perjanjian ini,” katanya selepas menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur, Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Menurutnya, menerusi kerjasama itu, kedua pihak akan berusaha menjadi penyedia terbaik bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), HSBB (Akses) (HSBA) dan HSBB (Transmisi) (HSBT), Akses pukal internet, akses talian pelanggan digital, sistem rangkaian gentian menerusi pajakan pukal jangka panjang dan perkhidmatan rangkaian operator mudah alih maya (MVNO).

Beliau berkata. komitmen TM bagi memastikan HSBB rangkaian akses terbuka dan menggalak pencari akses dan pembekal jadi rakan usaha sama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: