Wednesday, February 16, 2011

Maxis yakin 7.1 juta guna aplikasi wayang

Maxis Bhd yakin 7.1 juta pengguna internet mudah alihnya yang aktif akan menggunakan Aplikasi Wayang Gambar Maxis yang baru dilancarkan, pada akhir tahun ini.

Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti dan Inovasinya, T Kugan berkata, sejak pelancaran awal aplikasi Maxis Movies iPhone tiga bulan lalu, terdapat kira-kira 50,000 muat turun dilakukan.

Pada 30 September 2010, Maxis mempunyai 13.52 juta langganan mudah alih dengan 39.2 peratus pendapatan bukan suara sebagai sebahagian daripada pendapatan mudah alih.

“Rakyat Malaysia ketagih kepada dua benda iaitu makanan dan wayang gambar. Justeru itu, kami yakin pengguna internet mudah alih kami akan menggunakan aplikasi itu kerana ia mudah dan selesa,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran terbabit, Jumaat lalu.

Maxis adalah pengendali pertama di negara ini melancarkan Aplikasi Wayang Gambar Maxis baru yang membolehkan penggemar wayang membeli tiket pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan mereka.

Integrasi aplikasi itu dengan perkhidmatan pembayaran mudah alih PayPal memastikan semua pembayaran tiket wayang dibuat dengan mudah dan selamat.

Kugan berkata kerjasama dengan Paypal itu ialah bagi tempoh setahun.

“Kami akan melihat kepada kadar langganan dan permintaan bagi aplikasi ini dan kemudiannya akan diperluaskan berdasarkan kepada itu,” katanya.

Sejajar dengan tumpuannya untuk menggembirakan pelanggan, Maxis juga melancarkan promosi tiket wayang Beli-1 Dapat-1 pada setiap Hari Wayang Maxis (setiap Selasa) bagi filem yang ditayangkan selepas pukul 6 petang di TGV dan Golden Screen Cinemas sehingga akhir tahun ini.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna telefon pintar manakala bayaran 50 sen akan dikenakan bagi tempahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: