Menjengah ke angka usia 22 tahun pada 21 Januari yang lalu, sudah tentu akan membuka satu lembaran baru buat pemilik nama, Muhammad Aizat Amdan, apatah lagi dirinya kini mula dipandang tinggi oleh setiap orang yang berada di dalam industri muzik tanah air.
Bukan sahaja memiliki suara yang lunak di dengar bahkan lelaki ini juga bijak dalam menghasilkan lagu-lagu yang bermutu.
Meminati bidang muzik sejak berusia 12 tahun, Aizat berkongsi minat bersama abangnya, Anas. Sering mengimpikan untuk menjayakan sebuah konsert besar bersama, akhir Aizat dan Anas berjaya merealisasikan impiannya apabila sebuah konsert Aizat Amdan Live In Damansara di langsungkan pada 29 Januari yang lalu.
"Konsert ini adalah apa yang saya impikan sejak kecil lagi, Alhamdulillah di usia 22 tahun, saya mampu merealisasikannya dengan bantuan dan sokongan keluarga terutama sekali Anas.
"Walaupun dari segi teknikalnya, saya agak kurang berpuas hati dan banyak kecacatan sepanjang konsert ini berlangsung tapi saya bangga peminat masih memberikan respon yang baik sepanjang konsert berlangsung.
"Malah, paling membanggakan saya apabila peminat turut sama menyanyi bersama saya dan mereka tahu setiap lagu yang saya nyanyikan.
"Bagaimanapun, konsert hari ini tidak terhenti sekadar disini, kami akan mengadakan beberapa siri jelajah di beberapa buah negeri yang di dahului dengan Borneo dalam masa terdekat ini,"jelas Aizat.
Sambung Belajar
Melihat aktivitinya yang semakin sibuk pada tahun 2011 ini, Aizat di tanya sama ada perancangannya untuk menyambung pelajaran akan di teruskan ataupun tidak.
"Perancangan untuk sambung belajar itu tetap akan berjalan, tetapi institut muzik yang bakal saya masuki itu tidaklah mempunyai peraturan yang kuat, dan saya boleh berulang alik dari tempat pengajian ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya saya di sini.
"Lagipun, masa belajar saya begitu fleksibel dan saya harus bijak memberi komitmen antara pelajaran dan kerjaya,"jelasnya.
Aizat ditemui di Konsert anjuran syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment (KGE) ini turut menampilkan 16 lagu popular dan yang dimuatkan dalam album Aizat seperti ‘Lagu Kita’, ‘Cintai Diriku’, ‘Kau Aku’, Erti Hari Ini’, ‘Susun Silang Kata’, ‘Sungai Lui’, ‘Hanya Kau Yang Mampu’, ‘Fikirlah’, ‘Pergi’, ‘Sahabat’ dan ‘Di Mana Pun Engkau Berada’ (Feat DJ Fuzz).
Turut hadir menyaksikan persembahan Aizat pada malam itu adalah Datuk Sharifah Aini, Datuk SIti Nurhaliza dan suaminya, Noh Hujan dan Mizz Nina, Youk dan Pa'an Bunkface dan peminatnya dari seluruh negara dan Singapura.

Aizat, penyanyi muda yang berbakat

Datuk Siti dan Suami turut hadir memberi sokongan

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: