Kalau ada yang menantikannya, lupakan saja. Sebabnya Indra tidak mahu menerima peranan yang memerlukannya membuka baju di layar perak. Apatah lagi berlakon dalam aksi panas. Pasti ada yang melopong kan? ![]() Buat bisnes dalam penerbitan Indra mengakui dirinya sangat tegas dalam membuat keputusan. Bila dia mengatakan tidak, jawapannya tetap tidak. Tiada sebab untuk dia berlakon dalam filem sedemikian kerana dia bukanlah seorang pelakon yang terdesak menanti tawaran. "Saya akui sudah lama tak berlakon sinetron. Bukannya tak ada tawaran, sebaliknya saya tak senang dengan situasi dunia perfileman di Indonesia sekarang. Saya nampak ada banyak yang tak kena. ![]() Indra tak mahu digelar simbol seks? Sinetron terakhirnya Bumi Dan Langit ditayangkan tahun lalu. Selepas itu Indra semakin fokus kepada bisnes. Dia bergerak melalui syarikatnya sendiri Soul Java. Sekarang dia sedang mengarah sebuah program masakan untuk tayangan stesen TV. "Bila menjadi produser, banyak kerja yang kita kena buat. Paling mencabar bila kita terpaksa mencari penaja untuk menjayakan rancangan. Nampaknya nama saya yang dikenali membuatkan kerja-kerja itu jadi lebih mudah," jelasnya Indra yang turut menjalankan perniagaan melalui Internet. Nyanyi lagu lama Sementara itu Indra akan muncul dengan sebuah album mini khas sebagai menghargai jasa penyanyi legenda Indonesia Ivo Nila Krisna tidak lama lagi. ![]() Jejaka Taurus yang tegas "Sekiranya tiada aral pihak produksi akan memasarkannya di Malaysia juga. Sekiranya segalanya berjalan lancar, kami juga akan mengadakan promosi album ini di Malaysia," kata aktor yang memiliki senyuman manis itu. Indra pernah merakam dua single sebelum ini. Lagu-lagu pop yang ada suntikan muzik Arab sangat sesuai dengan dirinya. Lagu Aku Mahu Kahwin dan Tabu mendapat sambutan menggalakkan. |
Tuesday, February 1, 2011
Indra L. Bruggman tolak filem seks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: