Friday, February 25, 2011

Kate Moss Reka Pakaian Kahwin Sendiri

Kate Moss

SUPERMODEL Kate Moss merancang untuk menghasilkan sendiri pakaian perkahwinannya yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini.

Pada Januari lalu, Moss dilamar oleh kekasihnya, Jamie Hince dan kini Kate sedang sibuk merancang pernikahannya.

Menurut pereka fesyen terkenal Vivienne Westwood, Kate kini sedang merancang baju pernikahannya dengan meminta bantuan daripada pereka-pereka fesyen dikalangan rakan-rakannya.

"Saya rasa dia kini sibuk merancang baju kahwinnya sendiri. Saya percaya dia mampu buat yang terbaik kerana dia tahu apa yang dia mahukan.

"Saya dah mengenali dia lama dan turut bergembira dengan kebahagiannya itu," kata Westwood.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: