KOTA BHARU – Hanya menerusi bahasa isyarat, seorang wanita pekak dan bisu, Yus Izura Yusoff, 39, yang selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 24 Januari lalu melahirkan rasa gembiranya apabila disahkan sihat semalam.
Yus Izura merupakan individu pertama menjalani pembedahan jantung di HRPZ II dan semalam, dia dibenarkan bertemu media di wad HRPZ II setelah disahkan sihat.
“Dia kata dia berasa selesa sekarang. Dia sudah boleh bangun, berjalan dan makan,” kata adiknya, Madihah, 27, yang menjadi perantara antara pihak media dan Yus Izura ketika ditemubual semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: