PETALING JAYA: Selepas kontroversi keinginannya untuk bersara sebagai artis pada 2011 yang tidak menjadi, pelakon Rozita Che Wan,38, mencipta kisah sensasi baru apabila dia dikatakan menerima tawaran Astro sebagai artis residen stesen televisyen itu.
Kata Rozita, dia mengaku menerima tawaran tersebut tetapi belum memberi apa-apa kata putus kepada pihak berkenaan.
"Saya ada ditawarkan (menjadi artis residen) tetapi masih belum ada apa-apa pengesahan secara hitam putih lagi," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Pelakon itu diminta mengulas desas-desus kononnya dia akan menjadi artis residen Astro sama seperti Errra Fazira, Aaron Aziz, Farid Kamil.
Ditanya pula mengenai kesibukannya dengan penggambaran drama Iparku Diva, Rozita enggan mengulas panjang dan hanya berkata: "Saya tak mahu menjawab apa-apa soalan berhubung pembabitan saya dalam lakonan lagi buat masa ini,” katanya.
Penggambaran drama yang diterbitkan oleh Zeel Production itu diadakan selama 20 hari sejak 15 Januari lalu.
Difahamkan pelakon itu turut mengambil pelbagai tawaran berlakon drama pada tahun ini.
Pada tahun lalu, Rozita nekad bersara daripada bidang lakonan dan pendiriannya berubah setelah menerima beberapa tawaran berlakon.
Bagaimanapun, Rozita menjelaskan pendirian itu terpaksa diubah kerana perlu menyelesaikan berapa drama lakonannya sebelum ini yang akan bersambung ke musim kedua seperti Kiah Perkasam dan Cikgu Kemisah Kirdi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: