|
|
MENCARI pakaian yang sesuai untuk wanita bertudung bagi ke majlis formal memang agak menyulitkan. Pilihannya agak terhad. Jalan mudah adalah dengan memilih pakaian rasmi seperti baju kurung atau kebaya.
Sebenarnya gaun labuh (maxi) jika kena pada rekaannya boleh dipakai ke majlis formal. Ditambah pula dengan ikatan tudung yang bersesuaian bagi mencipta keanggunan.
Inspirasi oleh Wardah Abu Bakar dari DC Collections boleh membantu wanita bertudung untuk memilih pakaian eksklusif ke majlis formal.
Menurut Wardah, pakaian yang dicadangkan juga sesuai untuk dicuba oleh mereka yang tidak bertudung.
Ini kerana gaun labuh dan blaus DC Collections disarankan penggunaan baju dalam (inner) untuk penampilan yang lebih sopan.
"Pemilihan warna DC Collections juga lebih eksklusif dan sesuai dengan warna formal seperti hijau jed dan ungu gelap
"Potongan baju pula kurang menumpukan kepada bentuk badan. Justeru, ia boleh menutup susuk tubuh yang tidak sesuai didedahkan," katanya.
Wardah turut menggelar koleksinya sebagai gabungan timur dan barat kerana ia diilhamkan daripada gaun petang yang biasa dipakai oleh wanita Barat pada majlis formal.
Bijaknya DC Collections, apabila ia menukar penampilan kebaratan menjadi lebih ketimuran.
Jangan risau untuk memilih tudung sepadan kerana DC Collections turut menyediakan variasi potongan tudung untuk busana yang dipilih.
Jika tidak pasti dengan cara pemakaian, pembantu butik sedia memberi tunjuk ajar. Teruja untuk melihat sendiri koleksi hebat DC Collections, silalah ke butik yang terletak di Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan.
DC Collections bukan sahaja menawarkan pakaian dan tudung, malah aksesori tambahan seperti beg tangan, cluthes, gelang, anting-anting, tali pinggang untuk melengkapi penampilan anda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: