![]() |
| LG Ezsign TV merupakan penyelesaian bagi pengiklanan ringkas. |
Sebagai pengeluar barangan elektronik terkemuka, LG sekali lagi menawarkan teknologi terkini buat peminatnya. Malah, ia juga tidak meminggirkan keperluan teknologi daripada segenap golongan terutamanya kepada usahawan.
Terbaru, LG menawarkan produk terbarunya yang dianggap jalan keluar kepada masalah dunia perniagaan. Antaranya adalah, papan tanda digital, televisyen hotel, dan sistem persidangan video.
Baru-baru ini, LG turut mempamerkan produk-produk tersebut di pameran sistem Integrasi Eropah (ISE) 2011 di Amsterdam.
Menurut Naib Presiden Kanan, Paparan Komersial dan Bahagian Keselamatan LG, Jin-yong Kim, mereka sedang menawarkan teknologi yang realistik di mana ia boleh digunakan dalam dunia perniagaan.
"Melalui pendedahan terhadap penggunaan teknologi terbaru dari LG ini secara menyeluruh, pengguna juga usahawan akan mendapat gambaran yang menyeluruh serta lebih jelas bagaimana ia dapat membantu mereka," katanya.
Antara teknologi yang disediakan adalah seperti galeri papan tanda digital untuk kegunaan di kaunter ataupun mana-mana lobi hotel mahupun premis jualan berasaskan produk.
Pengunjung pasti teruja apabila terpandang papan tanda digital tersebut sebaik melangkah masuk ke premis perniagaan anda.
Mengunakan model M4716T dan M4214T, pastinya segala maklumat dapat disampaikan kepada pengunjung dengan lebih lantas dan tepat.
Malah, bagi model M4716T ia lebih pantas, informasi yang lebih mudah dikawal bersama paparan imej tiga dimensi (3D) menjadikannya sangat ideal untuk premis yang menjalankan sebarang perniagaan berasaskan produk.
Manakala bagi perniagaan yang menawarkan perkhidmatan makanan dan pengangkutan, LG menawarkan produk dari LG's Shine-Out Display untuk kegunaan premis perniagaan sama ada tertutup mahupun terbuka.
Papan tanda digital Shine-Out Display juga amat sesuai untuk premis perniagaan seperti kedai serba aneka serta pasar raya di mana pengusaha perniagaan tersebut mampu memaparkan iklan yang banyak berkenaan produk yang mereka tawarkan.
Malah, ia juga lebih mudah untuk digunakan serta diuruskan biarpun jumlah informasi yang banyak datang dari satu sumber sahaja.
Bagi papan tanda digital LG EzSign TV, ia merupakan penyelesaian bagi kerja-kerja pemasangan paparan iklan secara ringkas dan mudah.
Ia boleh di pasang bersama platform berasaskan televisyen, LG Pro: Centric bersama aplikasi yang sangat ringkas.
Ia lebih mudah untuk dipasang dan dioperasikan melalui sambungan USB di mana pengguna boleh menyunting kandungan melalui komputer sebelum dipaparkan di papan tanda digital tersebut.
Manakala, bagi perniagaan yang berasaskan perkhidmatan seperti syarikat penerbangan, teksi serta bas, anda boleh memilih paparan monitor LG's M3801S yang menawarkan paparan yang luas tanpa memerlukan ruangan yang banyak.
Selain itu, ia juga sesuai untuk dijadikan platform untuk ruangan pengiklanan atau jadual perkhidmatan kepada pelanggan.
Seterusnya, LG turut memperkenalkan dua jenis Sistem Persidangan Video (VCS) di mana ia menawarkan skrin paparan yang lebih jelas serta memudahkan aktiviti komunikasi video.
Terdapat dalam dua saiz iaitu 65 inci serta 60 inci ia pasti mampu memberikan kepuasan paparan dalam mana-mana bilik persidangan mahu pun pembentangan video.
Terakhir, LG memperkenalkan paparan dinding terbaik iaitu dari siri skrin 47WV30 seluas 47 inci dan setebal 6.9 milimeter (mm)yang dikenali sebagai Super Narrow Bezel.
Menawarkan kualiti gambar yang terang serta jelas, 47WV30 merupakan perintis paparan berkualiti tinggi, terang dan jelas biarpun di berada di dalam keadaan cahaya pada tahap 4,000 lux.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web LG di www.lg.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: