Celcom Axiata Berhad, syarikat peneraju komunikasi dan penyedia perkhidmatan terkemuka negara mengalu-alukan kedatangan Tahun Arnab dengan peranti jalur lebar Fortune Mask Celcom, peralatan dan isi kandungan mengetengahkan ciri unik topeng opera Cina.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Chee Pok Jin berkata, ini adalah tempoh istimewa tahun ini di mana bukan sahaja masyarakat Cina, sebaliknya masyarakat lain turut berkumpul meraikan Tahun Baru Cina.
Menurutnya, Celcom menghargai saat indah berkumpul bersama insan tersayang untuk mengeratkan hubungan sepanjang sambutan Tahun Baru ini.
“Oleh itu, kami di Celcom berusaha menyediakan liputan luas yang stabil kepada pelanggan. Kami turut menyediakan tawaran hebat, di samping barang edisi terhad untuk dimiliki,” katanya dalam satu kenyataan.
Pok Jin berkata, promosi jalur lebar Celcom bermula 31 Januari lalu dan berakhir 31 Mac depan. Pelanggan diberi peranti jalur lebar edisi terhad dan barang bernilai berbentuk wang apabila melanggan mana-mana pelan jalur lebar Celcom.
“Koleksi jalur lebar edisi terhad ini termasuk 12 reka corak Modem USB jalur lebar Celcom, lima reka corak Penghala MiFi jalur lebar Celcom, 11 reka corak pad tetikus dan dua rekaan dengan corak masing-masing untuk kulit netbook serta notebook.
“Rekaan eksklusif Fortune Mask ini berdasarkan 12 karakter terdapat dalam Kalendar Cina Lunar,” katanya sambil menambah Fortune Mask edisi terhad ini bukan sahaja menjadi hadiah hebat pada musim perayaan, tetapi setiap karakter menggambarkan peribadi seseorang.
Menurutnya, Celcom turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk siri kandungan mudah alih dan digital berkaitan rekaan Fortune Mask.
“Call Me Tone Tahun Baru Cina (CMT) menawarkan hadiah tunai RM500 kepada sesiapa yang memuat turun kategori ini, peluang membawa pulang RM118 setiap minggu apabila melanggan minimum RM5,” katanya.
Dalam pada itu, jalur lebar Celcom melancarkan Net Safe, Internet Security Pack melindungi pelanggan daripada ancaman atas talian seperti perisian intip, antivirus dan sebagainya dengan harga serendah RM4.99 sebulan untuk lesen pengguna tunggal dan RM6.99 lesen tiga pengguna.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: