
KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah bernilai RM150,000 untuk siri kedua cabaran Usaha Niaga Sosial Antara Universiti (SVC) iaitu pertandingan yang memerlukan penuntut universiti mengemukakan cadangan program perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai.
Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat BSN, Joannita Zaleha Yusof berkata, hadiah wang tunai itu diperuntukkan kepada lapan pasukan terpilih ke peringkat akhir pertandingan yang akan bermula Mac ini.
Menurutnya, BSN menyasarkan sekurang-kurangnya 80 penyertaan akan diterima bagi pertandingan kali ini yang akan mula dibuka Mac sehingga Septemter ini.
"Dilancarkan pada bulan Jun 2010, SVC merupakan satu platform galakan bagi para pelajar di universiti melibatkan diri dan menghantar kertas cadangan perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada sesebuah komuniti.
"Cabaran ini juga membenarkan peserta membangunkan kepintaran dalam bidang perniagaan dan kemahiran keusahawanan mereka bagi memastikan idea-idea itu berdaya saing dan boleh dilaksanakan dalam kehidupan sebenar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: