TAK TERTANDING...riak wajah Kacey menunjukkan dia amat teruja dengan wang diterima berbanding pelanggan bank di sebelahnya.
HABUAN ATAS LAYANAN...Kacey mengira wang yang baru diambil dari sebuah bank di Los Angeles menggunakan cek diberi Sheen.
IA memang bukan pekerjaan paling berprestij, dihormati atau dikagumi, tetapi menjadi bintang filem porno nampaknya memang berbaloi, terutama apabila berurusan dengan Charlie Sheen.
Tanyakan saja bagaimana pengalaman Kacey Jordan yang kelihatan tersenyum lebar ketika dia berkunjung ke sebuah bank di Los Angeles, hujung minggu lalu.
Selepas berurusan dengan bank, aktres filem lucah berusia 22 tahun itu tersengih panjang sambil memegang seikat wang kertas bernilai AS$100.
Kacey adalah wanita yang diupah Sheen, 45, ketika aktor itu berfoya-foya sambil menghisap dadah dan berasmara di rumahnya selama 36 jam dua minggu lalu.
Selepas media mendedahkan bahawa Sheen menghabiskan hampir RM1.5 juta untuk membeli dadah, arak dan mengupah pelacur dalam tempoh enam bulan, nampaknya Kacey enggan mengambil risiko.
Justeru, dia segera ke bank sambil membawa cek diberi Sheen - bernilai RM60,890 - untuk menunaikannya.Sambil mengira wang di tangan, Kacey dilihat menuju restoran Hollywood Deli untuk menikmati hidangan makan tengah hari bersama pengurusnya.
Minggu lalu, Kacey menjadi tetamu program Good Morning America dan diberi kesempatan bercerita mengenai pengalamannya melayan Sheen berpesta.
Dalam kejadian itu, Sheen dikejarkan ke hospital apabila aktor terbabit mengadu sakit perut melampau.
Kata Kacey, dia terpegun melihat perangai aktor sir komedi Two And A Half Men di rumahnya sepanjang tempoh 36 jam berfoya-foya.
"Di situ, saya boleh lihat asap keluar dari alat menghisap kokain sebesar bola tenis setiap dua hingga lima minit sekali," katanya.
Menurut Kacey, dia tidak pernah melihat mana-mana individu segelojoh itu mengambil dadah dan memusnahkan diri sendiri.
"Ia seperti satu misi Sheen untuk membunuh diri," katanya.
Sementara itu, untuk kali pertama Sheen bercakap kepada media mengenai kejadian itu.
Dalam mesej pesanan ringkas dihantar Sheen dari pusat pemulihan, dia berkata, tiada salah untuknya bersuka ria.
"Nampaknya ramai orang tak faham. Adakah lelaki tak boleh berseronok?" katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: