Wednesday, February 23, 2011

400 terima wang saku RM500 balik Mesir

MESRA...Jamil Khir (kiri) bertemu pelajar Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pelajaran di Mesir.
MESRA...Jamil Khir (kiri) bertemu pelajar Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pelajaran di Mesir.

KUALA LUMPUR: Lebih 400 pelajar Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pelajaran di Mesir bakal menerima durian runtuh apabila Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bukan saja menanggung kos penghantaran pulang ke Mesir, malah mereka turut diberi wang saku RM500 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bantuan itu bukan saja disalurkan kepada pelajar tajaan MAIWP sebaliknya semua pelajar daripada Wilayah Persekutuan menerusi dana Baitulmal.


“Ia dilakukan atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan pelajar, tidak kira ibu bapa mewakili mana-mana politik yang lebih penting soal pelajaran anak-anak perlu diutamakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Silaturrahim bersama pelajar Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pelajaran di universiti di Mesir di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: