Saturday, February 12, 2011

3 pemilik mercun takut dijel


DARI kiri Zonkifli, Mohd. Shah Rizal dan Mohd. Fikri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Kangar semalam.


KANGAR – Terkejut bakal dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika disabitkan bersalah terhadap kesalahan memiliki bahan letupan yang terdiri daripada 120 kotak mercun dan bunga api, tiga lelaki menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim, ketiga-tiga tertuduh iaitu Zonkifli Juhari, 30, Mohd. Shah Rizal Ahmad, 26, dan Mohd. Fikri Omar, 26, tanpa berfikir panjang terus membuat pengakuan bersalah.

Namun mereka yang pada mulanya tidak diwakili peguam kemudian dilihat teragak-agak terhadap pengakuan bersalah yang dibuat sebelum itu apabila Nurshahida menjelaskan hukuman yang bakal dikenakan terhadap mereka jika mereka mengaku salah atas tuduhan memiliki bahan letupan itu dan bunga api.

Zonkifli, Mohd. Shah dan Mohd. Fikri didakwa mengikut Sekyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana memiliki 120 kotak terdiri daripada mercun dan bunga api.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: