Saturday, February 12, 2011

Nasib tujuh lanun Somalia


SEBAHAGIAN daripada tujuh lanun Somalia dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam untuk dituduh.


KUALA LUMPUR - Tujuh lanun Somalia yang ditahan kerana cuba merompak kapal MT Bunga Laurel di Teluk Aden pada 20 Januari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melepaskan tembakan menggunakan senjata api terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kesemua tertuduh ialah Ahmad Othman Jamal, 25, Abdil Eid Hasan, 20, Koore Mohamed Abdile, 18, dan Abdi Hakim Mohd. Abdi, 18.

Tiga yang lain adalah remaja masing-masing berusia 15 tahun iaitu Kasayah Dhalin Hassan, Mohamad Abdi Ibrahim dan Hassan Yusuf Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas mereka mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Shakirah Mokhtaruddin.

Pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Somalia oleh seorang penterjemah yang juga pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Yaser Mohamad Ahmad.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Abas dan Yusaini Amir Abd. Karim mengendalikan pendakwaan tersebut manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abazafree memberitahu Siti Shakirah bahawa pihaknya telah menyediakan seorang penterjemah sementara untuk kes tersebut (Yaser) bagi memudahkan mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: