Friday, January 14, 2011

Tunis kian bergolak


BEBERAPA orang berjalan dekat sebuah bangunan yang terbakar di M'nihla, Tunis semalam.


TUNIS – Para perusuh membaling batu ke arah bangunan pentadbiran dan polis melepaskan gas pemedih mata di Tunis yang merupakan ibu negara Tunisia.

Polis sebelum ini ditempatkan di beberapa tempat di bandar raya ini sehingga minggu ini ekoran para perusuh yang melakukan protes bagi menentang pemerintahan Presiden Zine El Abdine Ben Ali.

Bangunan Kementerian Dalam negeri dan sebuah bangunan perkhidmatan perbandaran merupakan antara yang menjadi sasaran penunjuk perasaan semalam.

Polis dilapor melepaskan beberapa das tembakan ke arah para penunjuk perasaan sejak tiga minggu lalu.

Beberapa pegawai menyatakan, sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam kejadian itu.

Pemerintah pimpinan Zine dianggap melakukan rasuah manakala sebahagian perusuh melakukan protes kerana isu pengangguran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: