Sunday, January 30, 2011

Lambang ikatan cinta


Bentuk arnab dan hati diperkenalkan Habib untuk sambutan Tahun Baru Cina.


BARANG kemas ibarat 'teman baik' wanita. Semahal mana pun pakaian, jika tidak dihiasi dengan barang kemas yang sesuai kemungkinan besar rekaan itu masih kurang serinya.

Bagaimanapun, pemilihan aksesori yang salah akan menyebabkan penampilan anda kelihatan terlalu sarat dan serabut. Seleksi barang kemas yang gagal disuai padan dengan pakaian secara tidak langsung memberi imej yang negatif.

Mengkaji trend masa kini

Ramai yang berangan-angan untuk memiliki walau seurat barang kemas seperti emas atau emas putih kerana darjatnya.

Memakai barang kemas merupakan satu kebanggaan. Bagi mendapatkan kepuasan, seseorang perlu mengkaji trend barang kemas masa kini.

Kajian boleh dilakukan menerusi Internet, majalah atau suratkhabar supaya tidak ketinggalan dalam memahami trend fesyen sekarang.

Sempena Tahun Baru Cina, Habib menyediakan koleksi yang menarik.

Diperbuat daripada emas dan emas putih, ukiran batu rantai dan gelang tangan yang berbentuk arnab menguja minat orang ramai.

Selain rekaan yang ringkas dan mempunyai simbolik perayaan masyarakat Cina, koleksi ini menjadi lambang ikatan kasih sayang dan cinta.

Justeru itu, Habib turut menyediakan pilihan koleksi berbentuk hati dan cinta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: