Friday, January 14, 2011

Hillary terjatuh di pintu pesawat


SEORANG lelaki cuba membantu Hillary Clinton di pintu masuk sebuah pesawat di Sanaa, Yemen pada Selasa lalu.


SANAA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton terjatuh di pintu masuk sebuah pesawat di sini untuk ke Oman, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stesen televisyen Fox di AS menerusi siaran beritanya turut melaporkan insiden itu pada Selasa lalu.

Hillary tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, insiden Hillary Clinton itu disebarkan di Internet.

Beliau berada di Sanaa dalam lawatan yang tidak diumumkan itu dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan antara Yemen dan AS.

Semasa melawat Yemen, Hillary mendesak Yemen meningkatkan kerjasama keselamatan dengan AS.

Sebelum terjatuh, beliau memberitahu pemberita bahawa perkembangan ekonomi dan isu-isu keselamatan menjadi keutamaan dalam perbincangan.

Lawatan itu juga bertujuan untuk membantu Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menangani masalah berkaitan kumpulan Al-Qaeda yang mengancam kedua-dua buah negara.

Semasa lawatan itu, Hillary menyerahkan surat kepada Ali daripada Presiden AS, Barack Obama termasuk undangan untuk melawat Washington.

Di Oman, Hillary menemui pemerintah negara itu, Sultan Qaboos dalam lawatan selama lima hari di rantau Arab.

Dalam satu mesyuarat dengan beberapa pemimpin Oman, Hillary turut memuji perkembangan di Oman sejak Sultan Qaboos memerintah selepas baginda merampas kuasa daripada ayahandanya, Sultan Said bin Taymur pada 1970.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: