Sunday, January 30, 2011

Seo In Young gila kusut




PENYANYI dan model terkenal Korea, Seo In Young baru-baru ini mendedahkan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa kasut. Malah, dia mengaku hampir bangkrap gara-gara taksub untuk membeli kasut berbanding pakaian atau aksesori wanita lain.

“Sebelum ini semua wang hasil pendapatan saya yang pegang. Saya pula memang tak boleh tengok kasut yang cantik, jadi kebanyakan duit itu saya habiskan untuk membeli kasut.

“Malah saya juga ada kad ahli untuk sebuah kedai kasut yang sering saya kunjungi.

“Sekarang ibu bapa saya yang pegang duit saya, jadi tak dapatlah berbelanja sakan lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: