|
|
Tumbuh bagai cendawan selepas hujan, penganjuran pelbagai program pencarian bakat di Indonesia bagaimanapun tidak menggoyahkan artis-artis yang sedia ada.
Perkara ini turut diakui oleh kumpulan Seventeen yang popular dengan lagu Selalu Mengalah.
Menurut vokalisnya, Ifan, program sebegitu dilihat positif memandangkan peminat sentiasa mahukan sesuatu yang baru dan lebih segar.
Malah, dari sudut positif, kata Ifan, perkara itu tidak salah memandangkan Indonesia mempunyai bakat-bakat muda yang hebat.
"Kalau dilihat fenomena ini luar biasa sekali dan ia menyerlahkan bahawa sebenarnya banyak bakat muda di negara ini.
"Dengan program-program sebegitu, kami harap ia boleh menyalurkan keberanian di kalangan anak muda untuk mencuba mengasah bakat yang ada selain menggali kreativiti,
"Pun begitu, artis lama juga tak perlu risau kerana mereka juga punya kelompok peminat mereka yang tersendiri, " katanya.
Dalam pada itu, Ifan percaya, generasi sekarang lebih kreatif berbanding dahulu.
Selain Ifan, Seventeen turut dianggotai oleh Joddie Rose (gitar), Bani (bass), Herman (gitar), dan Andi (drum).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: