Friday, January 14, 2011

Lady Gaga dijangka peroleh RM305 juta tahun ini


LADY GAGA


NEW YORK - Penyanyi yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga, 24, dijangka memperoleh pendapatan AS$100 juta (RM305 juta) tahun ini mengikut anggaran yang dibuat oleh majalah bisnes Forbes, lapor sebuah akhbar semalam.

Lady Gaga yang nama sebenarnya Stefani Germanotta dan terkenal dengan lagu Poker Face itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$64 juta (RM195 juta) sebelum ini.

Majalah itu juga mengatakan, Gaga akan terlibat dengan jadual jelajah konsert yang ketat menerusi 41 persembahan dalam tempoh enam bulan selain mempromosi album terbarunya Born This Way.

Album terbaru Lady Gaga itu dijangka berada di pasaran pada Mei depan.

Lady Gaga turut memperoleh pendapatan sampingan lain menerusi perjanjian produk dan kerjasama dengan syarikat VirginMobile serta Polaroid.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: