|
|
KATA orang, dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi. Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati. Namun, individu yang tidak mempunyai mata yang sempurna seperti masalah katarak sering hilang keyakinan diri.
Walaupun memakai cermin mata mungkin dapat membantu masalah penglihatan rabun jauh dan dekat, namun ia menyukarkan pergerakan lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dan banyak menghabiskan masa di luar pejabat.
Katarak yang berdepan masalah selaput juga menjadi punca utama buta jika tidak diatasi dengan segera.
Penyakit mata ini menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan.
Berkongsi pengalaman menjalani prosedur lasik untuk mengatasi masalah selaput pada mata atau katarak, Abdul Razak, kagum dengan kaedah pembetulan penglihatan lasik.
Sebagai seorang jurutera, Razak menggunakan mata sebagai organ utama dalam pekerjaannya.
Pada awalnya, dia berasa tertekan kerana terpaksa menggunakan cermin mata hanya untuk membaca. Melakukannya di lapangan kerja luar, Razak berasa tidak bebas dan sukar untuk bergerak.
"Pekerjaan saya di industri cari gali minyak memerlukan saya memelihara deria tubuh badan saya dan yang paling penting adalah mata. Dalam usia yang sudah menginjak 50 tahun, kualiti pandangan mata saya semakin berkurangan akibat katarak.
Saya mula bertanya dan mencari pelbagai informasi berkenaan rawatan katarak yang boleh diperoleh di Malaysia. Rakan-rakan saya ada menyebut tentang Pusat Mata VISTA, maka saya mula mencari informasi tentang pusat mata ini. Hati saya mula berbunga apabila melihat pengalaman, peralatan serta prosedur yang terdapat di laman web mereka, www.vista.com.my,"ujarnya.
Selepas mengatur temujanji untuk mengadakan pemeriksaan mata yang komprehensif dengan salah seorang doktor pakar VISTA, Dr. Aloysius Joseph Low, dia dinasihatkan menjalankan prosedur kanta Crystalens AO.
Jika dia tidak berbuat demikian, gaya hidup sehariannya kian terjejas dan Dr. Aloysius menasihatkannya untuk menjalani prosedur gantian kanta Crystalens AO.
Dengan bimbingan dan nasihat daripada Dr. Aloysius serta keramahan staf terlatih dalam membantu serta membekalkan maklumat di VISTA, sedikit demi sedikit dia berasa selesa.
Walaupun prosedur yang dilaluinya tidak seperti pembedahan mata yang lazim, tetapi penerangan yang mendalam serta komprehensif yang diberi kepadanya membuatkan dia yakin untuk menjalani prosedur Crystalens AO.
Nyata, selepas prosedur perasaan gementar dan takut itu hanyalah sia-sia.
"Penglihatan saya menjadi jelas dengan kadar segera dan ia tidak menyakitkan seperti yang disangka. Malah, masa prosedur hanya mengambil masa 20 minit. Saya dinasihatkan untuk tidak membuat aktiviti yang memberi tekanan kepada mata selama dua minggu. Jika saya tahu lebih awal tentang rawatan ini, sudah pasti saya akan melakukannya, malah, mengesyorkan kepada sesiapa yang akan bertanya kepada saya," luahnya.
Dua minggu selepas prosedur tersebut, Razak dinasihatkan membaca menggunakan cermin mata. Selepas tempoh itu, Razak mula yakin dan tidak lagi bergantung pada cermin mata untuk melakukan tugasan harian.
Menjangkau usia separuh abad, Razak menasihatkan orang ramai menerima hakikat katarak adalah sebahagian proses penuaan.
Dirinya sebelum ini juga mempelajari bahawa tidak perlu menunggu katarak menjadi lebih teruk untuk dirawat.
Dengan adanya teknologi lensa untuk penggantian katarak masa kini yang canggih dan ia berdefinisi tinggi, semua orang mampu menikmati penglihatan yang sempurna walaupun pada usia emas.
"Saya mengesyorkan untuk sesiapa yang menghidapi katarak dan ingin memperoleh penglihatan yang lebih sempurna, lakukan prosedur Crystalens AO yang menggunakan lensa berdefinisi tinggi, membuatkan anda tidak lagi memerlukan cermin mata untuk pandangan jarak dekat, sederhana dan jauh," katanya.
Dalam pada itu, Pakar Bedah Oftalmologi Vista, Dr. Aloysius Joseph Low memberitahu, prosedur penggantian kanta ini merupakan rawatan terbaru dan Razak merupakan pesakit VISTA yang pertama mendapatkannya.
Berbeza dengan prosedur penggantian kanta sebelum ini, Crystalens AO memberi peluang kepada pesakit untuk memperbaiki penglihatan dengan lebih baik. Mata boleh memfokuskan imej sama ada jarak jauh atau dekat dengan lebih jelas dengan pergerakan otot mata secara semula jadi.
Jelasnya, kanta terbaru ini juga membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan ketika membaca atau rabun tua.
Dengan adanya pilihan rawatan refraktif sama ada laser atau penanaman kanta, semua pengguna cermin mata atau kanta lekap kini mampu mempunyai penglihatan 'tidak terbatas'. Namun, ini tidak bermakna tiada lagi individu yang menggunakan cermin mata kerana sesetengah daripada mereka masih selesa berkaca mata.
Pemakaian cermin mata dan kanta lekap juga sudah menjadi begitu sinonim dengan kehidupan sehinggakan ramai yang memilih untuk terus menggunakannya. Dengan ini sekurang-kurangnya diharapkan dapat mendedahkan pilihan yang ada jika suatu hari kelak timbul keinginan atau keperluan untuk mereka 'mengembalikan kebebasan penglihatan'.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: